Thursday, February 24, 2005

Real life goes like this

Reallifegoeslikethis


Jangan jadi ulat bulu

Tak. Ini bukan artikel tentang bagaimana sutera dihasilkan, tentang berapa jenis ulatkah dalam dunia ini atau tentang bagaimana ulat boleh menjadi rama-rama.

Ini cerita pasal ulat bulu.

.............


Siapa tak kenal ulat bulu. Adik saya yang belum tadika dan masih lagi belum tahu membaca alif ba ta pun ada ilmu tentang: Apa itu ulat bulu. Ulat bulu itu suka meliuk-liuk dan ia gatal.

Tak pelik kalau saya digelar ulat bulu kerana gatal selalu dinisbahkan dengan lelaki. Ajis pun pernah berkata pada Ramlee : Ulat bulu dah naik daun........

Saya pun tak faham kenapa. Tak adil betul. Menyalahi perlembagaan. Menyalahi hak asasi manusia. Kenapa lelaki saja boleh gatal, sedangkan perempuan tidak boleh menggatal.

Pabila perempuan menggatal, mereka tidak dipanggil ulat bulu atau ulat sutera pula, tapi mereka dipanggil pisau cukur. Tak adil juga. Kenapa pulak perempuan boleh jadi pisau cukur? Kenapa tak jadi rama-rama atau kura-kura?

:)

Ya adik-adik, mari dengar cerita abang:

Alkisahnya ulat bulu itu seekor binatang yang merayap. Ia meliuk-lentuk bukan kerana gatal tapi kerana ia bergerak dengan cara itu. Tak pula saya tahu kenapa ia tidak bergerak saja semacam ular. Mungkin ia anti dengan ular kerana lidah ular bercabang dua macam lidah biawak. Mungkin saja.

Betullah ulat bulu itu sendiri fitrahnya tidak gatal. Tapi kalau anda pegang ia, anda akan jadi gatal. Pelik tak, dia tak gatal tapi menggatalkan. Itulah perihal ulat bulu.

Lelaki semacam ulat bulu kerana ia sendiri pada asalnya tidak mampu mengandung. Mustahil ia mengandung kerna memang fitrah ia tidak boleh mengandung. Namun hati-hati, jangan pegang ia, ia boleh buat anda mengandung :)


Pisau cukur itu tajam. Ia juga elok kerana dengan adanya pisau cukur, bolehlah anda cukur misai atau janggut anda. Yang jadi masalahnya, kerapkali kalau anda guna pisau cukur konvensional (baca: bukan Gillette Mach2), maka anda kerap kali nya terluka. Pisau cukur bukan sahaja mencuri misai dan janggut, malahan ia sempat melukakan.

Mungkin perempuan pun begitu. Lelaki wajib keluar dengan mereka, belanja mereka makan, hiburkan mereka dan buat seribu satu macam untuk mereka. Malangnya dalam mengikis itu, mereka tinggalkan lelaki dan lukakan hati lelaki.



Ya adik-adik, dah faham peribahasa lama kita?


_____________________________________

Pun begitu, saya amat khuatir dengan diri saya sendiri. Saya, bila menilik kembali diri beroperasi secara pisau cukur bukannya ulat bulu. Wah, saya sudah hampir-hampir saja bertukar jantina.

Erm ,patutkah saya jadi ulat bulu supaya terbukti kelelakian saya? Persoalannya, siapa mahu jadi mangsa kegatalan saya?

:) Ha ha ha.


Kalau kalian faham yang ulat bulu takkan menggatalkan anda jika tidak disentuh, kalian pasti tidak akan marah-marah. Ingat ya?

;)

1 Comments:

At 8:33 PM, Anonymous Anonymous said...

Excellent, love it!
Anal sex how too Sex positions of real couple

 

Post a Comment

<< Home